Wednesday, 30 March 2011

Allah Mencipta Langit dan Bumi secara bersusun


Allah SWT berfirman di dalam Surah As Sajdah: 4:

Maksudnya:" Allah yang mencipta langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemanyam di atas 'Arasy."

(Surah As Sajdah:4)

Jelas di sini, Allah SWT mencipta alam ini selama enam hari. Mungkin ada yang tertanya mengapa Allah tidak siapkan dalam masa yang pendek, adakah Allah tidak mampu? Sudah tentu jawapanya mustahi Allah itu lemah.


"Keindahan Alam Allah swt menunjukkan Keesaan dan Keagungan Allah dalam mencipta sesuatu ciptaan dimuka bumi ini mahupun dialam semesta... Sesungguhnya Allah itu Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa"

Hal ini menunjukkan kerja-kerja tersusun itu amat penting. Tidah mencampur-adukkan antara tugas dengan tugas yang lain. Semua kerja tidak mungkin dapat diselesaikan sekali gus, tetapi bagi Allah tidak mustahil..


Simple Image Manipulation Using Ps CS5
Bagi seorang pekerja juga mestilah memastikan semua kerja dibuat secara teratur. Sistematik itu adalah asas kecemerlangan dalam pekerjaan. Bukan kerja-kerja sahaja perlu diurus dengan baik, malah masa yang ada juga perlu dimanfaat dengan bijak. Segala dokumen penting perlu diasingkan dan diletakkan dalam fail-fail berasingan. Ini adalah contoh pengurusan yang baik..


"Sistematik itu adalah asas kecemerlangan dalam pekerjaan"


Selamat Beramal....

Wallahu a'lam....

(Dipetik dari buku berjudul Merobos Sempadan Diri)

Friday, 25 March 2011

Keindahan Alam Allah S.W.T.



Allah, yang berkuasa atas segala sesuatu, dipuji dan disanjung oleh semua yang berada di langit dan bumi. Dia dipuji dan disanjung di dunia dan akhirat. Tidak ada tuhan melainkan Allah. Kepada-Nya kita dikembalikan. Firman Allah,
"Segala yang di langit dan bumi menyanjung Allah. Kepunyaan-Nya Kerajaan, dan kepunyaan-Nya puji-pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu." (64:1)
"Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan." (28:70)


 Keindahan muara adalah merupakan ciptaan Allah s.w.t yang cukup indah dan ini membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t. yang maha pencipta dimana ciptaannya tiada bandingan. Gambar ini ditangkap di muara sungai Mersing berhampiran dengan pantai penyabung sewaktu saya menghabiskan kerja kursus saya disana. Pemandangan ini membuat saya tertarik mengenai keindahannya dan boleh menenangkan sesiapa sahaja yang melihatnya....


HDR Photography of Penyabong Beach

Pemandangan di Pantai Penyabong
Picture Exposure
(-2ev, 0, +2)


Single Image Photography of Penyabong Beach(HDR)

Pemandangan di Pantai Penyabong

Pemandangan di Pantai Penyabong

Pemandangan di Pantai Penyabong

Pemandangan di Pantai Penyabong


 Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor
(Date of capture: 25/3/11)

 Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor
(Date of capture: 25/3/11)
Nota dari penulis/editor:

Softwere: Adobe Photoshope CS5, HDR Efex Pro, Dynamic Photo HDR, Photomatix(kdg2 je guna).
HDR: High Dynamic Range Photography

Apa-apa pun mhh ingin ingatkan bahawa segala yang baik itu adalah datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk itu adalah datang dari diri kita yang kurang sempurna ini sendiri. Janganlah kamu berhenti untuk memuji Allah swt kerana daripada-Nyalah ilmu ini terhasil dan atas ketentuan-Nyalah ilmu ini diberkati. Dan mhh ingin ingatkan bahawa ilmu islam ini tidak terbatas selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam.. 

wallahua'alam..
~mhh~

Monday, 21 March 2011

Senyum & Ketawa



SAPA HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat budak2 lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik ja, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : Selamat petang...
Pesakit : Selamat petang Doktor!
Doktor : Ada masaalah apa .....?
Pesakit : Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor...
Doktor : Biar saya periksa telinga anda...
setelah diperiksa....
Doktor : Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...
Pesakit : Apa caranya doktor?
Doktor : Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma...
Pesakit : Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?
Doktor : Yang percuma kena sabar...
Pesakit : Baik, saya sabar dan bagaimana caranya...?
Doktor : Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge anda tinggal tarik keluar.
Pesakit : Huhh...

Saturday, 19 March 2011

10 PESANAN IMAM SYAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
 
:” Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim”. (Shahihul Jami’ 3913)
 
 
10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yangg dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.



Indahnya ciptaan Ilahi..

Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kepada sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


Hak kepada Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan


Dengan seribu harapan bahawa kaum muslimin dan muslimat membaca dan beramal kerana Allah s.w.t. dan semoga beroleh pengampunan dah hidayah daripada Allah s.w.t.:.

~mhh~
 Wallahu a'lam..

Friday, 18 March 2011

Sejenak di belakang Kolej Kediaman Perwira, UTHM

Firman Allah s.w.t:.


“Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka”

Ali Imran ; A:191 S:3 J:4 ms:75


Mengahayati Keindahan Alam di Bumi Malaysia, Parit Raja,Johor

Permandangan kawasan perkampungan dibelakang KK Perwira UTHM


Mengintai keindahan Allah s.w.t di Parit Raja,Johor


Empangan di belakang KK Perwira, UTHM

Sekian..

Kejadian Alam

KEJADIAN ALAM

Secara umumnya, teori kejadian alam ini dibahagikan kepada  dua:

1.      Teori Steady State

Teori ini mengatakan alam ini telah sedia ada (qidam) atau tanpa permulaan sebagaimana wujudnya sedia adanya Allah . Teori ini disokong oleh Aristotle. Aristotle telah menyeleweng kenyataan gurunya (Plato) menyatakan alam ini wujud sedia ada tanpa Pencipta. Sedangkan Plato menyatakan wujudnya alam ini disebabkan adanya Super Power ( Pencipta). Malangnya Ibnu Rushdy menyokong teori ini. Bagaimana boleh makhluk iaitu alam ini bersifat qidam (tiada permulaan) sedangkan sifat itu hanya khas untuk Pencipta.
Teori Steady State diperjuangkan oleh Fred Hoyle untuk menentang Teori Big Bang. Walaupun Hoyle menerima bahawa alam semesta berkembang, Hoyle tetap mempertahankan bahawa alam semesta tidak terbatas dalam ukuran dan abadi dalam jangka hayat. Ini bermaksud walaupun alam semesta berkembang, material wujud secara mendadak dan terhad kepada tahap yang diperlukannya. Hoyle sebenarnya ingin menegaskan” kewujudan mutlak material” tanpa permulaan.

2.      Teori Big Bang

Teori Big Bang menyatakan alam ini bermula dengan tiada. berjuta-juta tahun dahulu, alam ini bermula dengan satu letupan titik kecil. Letupan yang membawa kepada penciptaan alam ini dikenali Big Bang. Selepas letupan ini, sejumlah besar unsur mula terbentuk yang menjadikan alam ini, dan unsur-unsur ini mula bergerak menjauhi satu sama lain.Cakerawala ini berkembang apabila objek-objek di dalamnya bergerak daripada satu sama lain.Teori ini disokong oleh Al-Qur’an.

 “ Kemudian Dia (Allah) ,menyengajakan ke langit, sedang ia sebagai asap, lalu katNya kepada langit dan bumi : Datanglah kamu berdua (mengikutlah), baik dengan patuh ataupun dengan terpaksa. Sahut keduanya, kami datang dengan patuh.” (Surah As-Sadjah :11)
Mengikut Tafsir Al-Qur’an terjemahan Prof. Dr. H. Mahmud,  asalnya langit-langit ialah seperti asap atau namanya dalam ilmu sains, nebula. Ayat ini juga  melukiskan kepatuhan langit dan bumi menuruti ketentuanNya terhadap mereka tanpa sebarang pertanyaan, tidak seperti manusia yang beraqal tetapi banyak bertanya itu dan ini.
Letupan “ Big Bang” ini menghasilkan berbilion-bilion ganda letupan atom. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini dan serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain yang tersusun dalam keseimbangan.
Edwin Hubble, seorang pakar astronomi adalah orang pertama yang membuktikan alam ini berkembang. Pada tahun 1929, pemerhatian melalui teleskop beliau mendapati bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita dalam gerakan rawak dan pada masa yang sama, bintang-bintang bergerak menjauhi antara satu sama lain. Sebuah cakerawala yang mana semua benda bergerak menjauhi antara satu sama lain seolah-olah cakerawala itu sedang bergerak secara konstan dan berkembang. Fakta ini membuktikan bahawa suatu masa dahulu, alam ini bercantum.
Secara mudahnya, apa yang berlaku sekiranya sebutir bom diletupkan di pantai. Tentulah pasir-pasir ini akan berselerak merata-rata tempat. Jika seseorang mengatakan sebuah istana pasir telah terbentuk akibat letupan itu, anda mungkin mengganggapnya gila. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa istana pasir itu terjadi dengan sendirinya, tentulah mereka juga gila. Kenyataan istana pasir terjadi dengan sendirinya lagilah tidak logic dan tidak masuk aqal berbanding ia dicipta dari keadaan tiada kepada ada.
            Teori Relativiti yang diciptakan oleh Albert Einstein sendiri membuktikan kebenaran saintifik yang dibawa oleh Al-Qur’an. Dalam pengiraan untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, beliau telah menemui bahwa alam semesta bukanlah static. Tetapi disebabkan penemuan masa itu mengatakan alam semesta static, beliau telah mengubah rumus itu dengan menambah satu factor iaitu pemalar kosmologi ( cosmologi constant) ke dalam rumusnya agar selari dengan penemuan astronomi masa itu. Akhirnya Albert Einstein mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam hidupnya.
            Saintis Russia, Alexander Friedmann pada tahun 1922 menemui melalui Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berkembang dan sebarang perubahan di dalamnya akan menyebabkannya mengembang atau mengendur. Friedmanlah yang membetulkan kesilapan (pemalar kosmologi) dalam Teori Relativiti Einstein.
Hanya Allah, Maha Pencipta yang bersifat Qidam (tiada permulaan adaNya) dan makhluknya mesti ada permulaannya kerana ia diciptakan. FirmanNya:

Ia-lah (Tuhan) yang tiada bermulaan adaNya dan pula tidak berkesudahan ada-Nya, Ia-lah yang lahir wujud-Nya. Ia-lah yang tersembunyi (Zat-Nya) dan Ia tahu tiap-tiap sesuatu.”                                                                                         ( Surah Al-Hadid: 3)

Teori Big Bang ini diperkuatkan lagi kebenarannya dengan ayat Al-Qur’an yang berbunyi:
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.                                                                                 (Surah az-Dzariyat;47)
Kalimah “ langit” yang banyak digunakan dalam banyak ayat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa atau cakerawala. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

KEJADIAN LANGIT DAN BUMI
Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".                            (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah “ samawaat (langit) bermaksud segala yang berada di angkasa. Kenyataan “langit dan Bumi itu keduanya adalah suatu yang padu”, menggambarkan semua benda di cakerawala ini asalnya bercantum.  Kalimah ‘ratq’ dalam kamus Bahsa Arab ialah dijahit yang bermaksud “dikumpulkan bersama, dicampur”.  Frasa “ Kami membuka jahitan” menggambarkan sesuatu diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Contoh frasa ini ialah seperti biji benih yang tumbuh bertunas.
Seluruh material alam ini pada asalnya berada dalam satu titik tunggal. Kemudian titik ini fataq dalam satu letupan besar ( Big Bang)  menyebabkan materialnya fataq dan seterusnya membentuk keseluruhan struktur alam semesta.

Letupan yang melibatkan pelanggaran atom-atom yang bilangannya infiniti ini tentulah dicetuskan oleh suatu tenaga (tenaga nuclear). Persoalannya tenaga itu datang dari mana? Ia pastinya datang dari satu sumber yang amat berkuasa ke atasnya iaitu kuasa yang amat berkuasa ke atasnya iaitu Allah,Yang Maha Berkuasa yang tidak dapat dinafikan lagi kebenarannya.


KEWUJUDAN ORBIT

Al-Qur’an telah mendahului penemuan saintis hari ini tentang wujud orbit bagi bumi, bulan dan matahari sejak 1400 tahun dahulu lagi. Ini dibuktikan dalam

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)

Ayat di atas menerangkan matahari dan bulan mempunyai laluan orbitnya yang tersendiri. Dalam ayat lain menegaskan matahari tidak static pada tempatnya tetapi berputar pada orbitnya.
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.                                                               (Surah Yaasin;38)
Kebenaran fakta yang dikemukakan oleh Al-Qur’an telah dibuktikan oleh penemuan sains hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex.  Jadi, matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Al-Qur’an juga menjelaskan alam semesta ini dipenuhi dengan lintasan dan orbit.
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan “. (Surah az-Dzariyat;7)
Fakta sains menyatakan lebih kurang 200 billion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu galaksi. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet dan kebnaykan dari planet-planet ini pula mempunyai satelit. Semua objek-objek bergerk menepati orbit-orbit masing-masing dalam jarak yang tertentu. Semua objek di langit ini “ berenang” melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna antara satu sama lain. Di samping itu, komet-komet juga bergerak dalam orbit masing-masing.

KEJADIAN ASAL-USUL MANUSIA (TANAH)

Dalam Al-Qur’an, terdapat 5 ayat yang menyebut asal kejadian manusia dari tanah menggunakan kalimah yang berbeza.
Dia menjadikan manusia dari tanah yang kering (salsal) seperti tembikar (tanah yang dibakar)(fakhkhar)”    (Surah Ar-Rahman : 14)
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku (Allah) hendk menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah liat kering (salsal)dan lumpur hitam ( hamaain)yang berbentuk ( berupa)”     (Surah Al-Hijr: 28)
“ ….Dia (Allah) ciptakan sebaik-baik manusia sebaik-baiknya dan yang dimulai penciptaan manusia dari tanah (thien).”      (Surah As-Sajdah: 7)
“ Sesungguhnya aku (Allah) menciptakan manusia dari tanah liat (lazib)”    (Surah As-Safaat: 11)
“…Dia (Allah) ciptakan sebaiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah (turab)”      (Surah Ali ‘Imran: 59)
Dalam Surah ar-Rahman ayat 14 menggunakan kalimah sal sal yang bermaksud tanah kering atau setengah kering iaitu zat pembakar (oxygen) dan dalam ayat ini juga menyebut tentang fakhkhar yang bermaksud zat arang (carbonium). Surah Al-Hijr ayat 28 menggunakan kalimah hamaain yang bermaksud zat lemas ( nitrogen). Surah As-Sajdah ayat 7 menyebut thien iaitu atom zat air (hydrogen).
Dalam Surah As-Safaat ayat 11, kalimah lazib iaitu tanah liat bermaksud zat besi (ferum). Manakala Surah Ali-Imran, ayat 59, kalimah turab (tanah) membawa maksud “unsur-unsur zat a li’” ( zat-zat inorganic). Zat inorganic ini termasuklah sodium, kalium, silicium dan mangan.
(Team Serikandi UiTM)

Menghayati Keindahan Alam

Pantai Pasir Lanun
Allah berfirman dalam surah al-Ghasyiah:17 yang bermaksud“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan? Dan bagaimana gunung-gunung ia ditegakkan? Dan bagaimanakah bumi dihamparkan.”


 Pantai Pasir Lanun

Allah berfirman dalam surah Luqman:20 yang bermaksud:
“ Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah s.w.t. telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada dilangit dan dibumi dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin”


Pantai Pasir Lanun
Allah s.w.t. berfirmandalamsurahal-Rum :41 yang bermaksud
“ telah berlaku kerosakan dimuka bumi dan laut akibat tangan-tangan manusia”


Pantai Pasir Lanun
Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr Rasulullah bersabda bermaksud“andai kata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat”


Pantai Pasir Lanun

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"(Surah Ibrahim ayat:7)