Saturday, 28 April 2012

Mutiara Qasidah : "Salamun salam"

سلام سلام كمسك الختام



سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ


Salam dan salam sebagai penutup yang baik


عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia

ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman

ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat

سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku

وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku

فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci

وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia

أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا
Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia

وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku

فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku

ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya  dalam mimpiku

أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
Aku mati dan hidup dalam keadaan  mencintaimu

وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia

ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu

وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام
Azam dan tujuanku sentiasa padamu

فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram

إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن
Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka

ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن
Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku

وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الِْعظَام
Dan telah bercampur dengan seluruh badanku

إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi

ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب
Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu

يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang

ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta

لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing

ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي
Alangkah sedih dan merananya aku

 وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu

بِذُلِّي وحَسْبِيْ بِهِ يَا غُلاَم
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan

عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit

بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan

فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang

يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام

Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya



" Alunan Qasidah Salamun Salam"




"Alunan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Yaman"

Saturday, 21 April 2012

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia

Petua untuk Isteri sentiasa 
cantik dan bahagia


Cara- cara: 


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.



Semoga bakal isteriku mengamal petua ini.. Amin...

Jejak Makam Nabi Sulaiman a.s



Makam Nabi Sulaiman a.s di Sirfa, Karak. Lokasi ini dikatakan tempat Nabi Sulaiman
bermukim dan beberapa tempoh masa.

Selepas melalui tanah Shihan, van mula bergerak menuju ke perkampungan Bani Hamaidah iaitu Faqu'a, Imra', Shahtur dan terus ke Sirfa. 

Petang itu aku bersama 7 sahabat yang lain mengembara ke tanah Sirfa yang meninggalkan catatan sejarah tempat permukiman Nabi Sulaiman a.s.

Sirfa yang jauh dari kekusutan bandar amat menenangkan hatiku.

Anak-anak kecil berlari riang di hadapan rumah yang daif.
Cuaca yang panas dibantu oleh angin yang nyaman memberi kelegaan kepadaku.

Dataran Jabal Shihan yang luas menempatkan beberapa daerah kecil dan Sirfa berada di dalam daerah Abdullah Rawahah. Pemandu kami, Eidd Khiryeh turut berasa gembira pada petang hari tersebut kerana ia merupakan pengalaman pertama beliau menjejaki daerah tersebut.

Aku sudah kali ke 5 menjejaki Sirfa untuk ke makam Nabi Sulaiman. Kali pertama ketika bersama sahabat arab Yusuf Qatatnah, kedua ketika program Jelajah Tawan Jordan 2004, ketiga semasa program Jejak Makam Sulaiman anjuran KEMBARA 2005 dan kali terakhir aku tiba disitu sebelum petang hari tersebut ialah ketika program Jejak Rasul pada Jun 2006.

Setelah mengambil simpang kecil dari kampung Sirfa, van yang dipandu oleh Eid terus membawa kami ke kawasan berbukit untuk menuruni curam ke makam Nabi Sulaiman a.s.
Jalan curam menuruni bukit untuk ke tapak makam. Kelihatan dataran lembah dan
laut mati yang berdekatan dengan kawasan makam.

Kali ini perjalanan menjadi lebih mudah. Pada pengembaraan yang lalu, semua terpaksa berjalan kaki menuruni curam untuk ke makam dan kemudian mendaki bukit yang agak tinggi untuk kembali ke jalan bertar. Tetapi pengembaraan kali ini menjadi mudah apabila kerajaan Jordan telah menghadiahkan jalan tar di kawasan tersebut dan van boleh terus melalui jalan tersebut hingga ke kawasan makam.

Kami selamat tiba di kawasan makam nabi sulaiman dalam keadaan kesan binaan lama di situ sedang dijalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan.

Bersebelahan dengannya terdapat khemah dari kain guni kepunyaan para pekerja projek tersebut.

Sejarah melalui sumber lisan zaman berzaman menyatakan kawasan tersebut dikatakan tempat Nabi Sulaiman a.s menetap untuk beberapa ketika. Di situ terdapat sebuah pokok berusia ribuan tahun (pokok itu telah mati) dan sebuah binaan lama yang dipercayai dibina oleh Nabi Sulaiman a.s.
Penguasaan kerajaan Nabi Sulaiman a.s berpusat di Baitulmuqadis. Jarak dari Baitulmuqadis dengan Sirfa hanya 82 km. Dan jarak Wadi Nimil di Asqolan yang turut menjadi kawasan utama pemerintahan Nabi Sulaiman a.s terletak kurang 100km dari Sirfa. Dan Sirfa berada di bukit-bukit lembah berjiran dengan Laut Mati yang dimiliki oleh Jordan dan Palestin ketika ini.

Makam yang dimaksudkan ialah tempat berhenti bukannya makam seperti maksud bahasa melayu iaitu kubur yang mempunyai jasad. Makam berasal dari perkataan arab Qoma bermaksud berdiri dan Maqom bermaksud tempat berdiri/tempat berada.
Gambar kenangan bersama Habiss Abu Rumman. Dia menjemput untuk bermalam di khemahnya
sebelum 1 Ramadhan. Nombor telefon sudah di ambil. Jika ada kesempatan masa ingin bermalam
di khemahnya bersebelahan makam nabi sulaiman a.s

Di makam tersebut aku berkenalan dengan Habiss Abu Rumman (berasal dari As-Salt), orang yang bertanggungjawab menguruskan projek pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau bertugas di bawah Lajnah (Biro atau pertubuhan) yang dinamakan Lajnah Hashimiah yang dinaungi oleh kerajaan Jordan. Lajnah ini bertanggungjawab mengurus, memelihara, memulihara seluruh kawasan-kawasan sejarah Islam di Jordan. Ia termasuk makam-makam para anbiya', para sahabat dan lokasi sejarah Islam yang lain seperti kawasan peperangan dan sebagainya. Lajnah Hashimiah membelanjakan wang yang sebegitu banyak untuk projek-projek ini.

Aku memuji sikap kerajaan Jordan atas kesedaran mereka membangunkan tempat-tempat sejarah sebegini. Berbeza dengan di Mesir, Syria dan lain-lain yang tidak mengambil peduli untuk menjaga dan memelihara tempat-tempat sejarah sedemikian.

Walaupun berkemungkinan ia adalah pendapat sejarah yang lemah mengatakan di situ salah satu tempat Nabi Sulaiman a.s pernah menetap, namun ia tetap menjadi sumber sejarah lisan zaman berzaman.

Yang pasti, bumi Jordan, Mesir, Iraq, Syria, Lebanon, Turkey, Saudi Arabia, Yemen merupakan bumi para anbiya'. Di sinilah para anbiya lahir, menetap dan wafat. Dan di bumi ini mereka menyampaikan dakwah mereka kepada umat manusia.

Tidak mustahil setiap inci tanah pernah mereka tiba di bumi barakah ini.

Wallahu'alam.
Aku bersama rakan-rakan lain yang turut serta menjejaki lokasi sejarah Nabi Sulaiman a.s dari kiri : Taufik (Penang), Yusof (Selangor- Student Perubatan Odesa University, Ukraine), Afifuddin (Kedah), Termizi (Penang), Ifwat (Terengganu), Mutazam (Perak-Member sejak Secondry School) dan aku
Tiada dalam gambar : Mazlan (Perak)

Indahnya Pantai Mersing



Pantai Mersing, Tanjung Leman

Pantai Mersing, Tanjung Leman