"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah) , Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu),
sedang kamu tidak mengetahuinya.."
sedang kamu tidak mengetahuinya.."
(al-Baqarah: 216)
Mengetahui kekuasaan Allah swt itu membuatkan kita takut dan cenderung untuk kita berbuat kebaikan maka berputiklah CINTA kepada-Nya dan Pesuruh-Nya. Maka itulah lebih baik dari segalanya.. |
Cinta yang sejati & suci tidak memerlukan 'physical contact' yang boleh merosakkannya, sebaliknya ia terbina atas dasar iman, CINTA Ilahi dengan matlamat yang murni dan benar iaitu untuk menjadi pasangan yang sah serta melalui jalan2 yang tidak melanggar undang2 syariat, walaupun ia mungkin hanya bertaut di dasar hati.
Sebenarnya, bercinta tidak salah melainkan kita sendiri yang menjadikannya salah. Bahkan dapat difahami bahawa rasa kasih sayang adalah fitrah manusia seperti mana jasad memerlukan makanan dan akal memerlukan santapan ilmu pengetahuan. Kasih sayang adalah fitrah yang memerlukan hidayah (petunjuk) supaya fitrah ini tidak sampai menjadi fitnah.
Cinta adalah anugerah (hadiah) daripada Allah s.w.t. Sebagai penerima hadiah, sudah tentulah kita perlu menghargai pemberi hadiahnya dahulu sebelum menghargai hadiah yang yang diberi. Oleh itu, CINTA Allah s.w.t perlu diutamakan dalam masalah ini, iaitu bukan sahaja dengan mengakui bahawa Tuhan adalah pencipta cinta bahkan sebagai pengatur dan fokus pengabdian diri seluruh kecintaan.
Cinta diciptakan bukan untuk suka-suka, tetapi sebagai salah satu jalan bagi mencapai keredhaan Yang Esa. Di setiap laluan perjalanan ini, sudah tentulah tercacak pelbagai jenis 'signboard', merujuk kepada peraturan yang perlu dipatuhi agar kita tiba ke destinasi cinta dengan selamat. Antara peraturan utama dalam bercinta ialah mendasari tiap cinta kepada CINTA Allah dan memastikan tiada hukum-Nya yang dilanggar dan diperlecehkan, meskipun mungkin pada pandangan nafsu dan emosi, batas-batas cinta ini amat menyukarkan.
Cinta pada alam juga boleh mengingatkan kita kepada ciptaan Allah swt yang Maha Agung |
Cinta sejati hanya akan tiba andai masa, tempat, keadaan dan calon telah sesuai. Ia tidak perlu dicari. Dalam memilih pasangan, Rasulullah s.a.w juga telah memberi petua terbaik iaitu dengan menilai berasaskan kecantikan, harta, keturunan dan ketaatan mereka dalam beragama. Cukuplah sekadar bersederhana dalam hal-hal lain, tetapi yang paling utama adalah keindahan akhlaknya pada pandangan insan dan ketinggian taqwanya pada pandangan Tuhan. Inilah juga ciri-ciri pasangan yang diperintah untuk dinikahkan.
Malah cinta sejati itu sebenarnya adalah datang dari hati dan terpancar ke mata, bukan dari mata turun ke hati, kerana hatilah yang sebenarnya mengawal mata dengan pandangan iman, bukan sebaliknya. Sedarilah, mata kepala hanya memandang wajah manis yang tetap akan berkedut dan wang ringgit yang tetap akan hangus, sedangkan mata hati jua yang mengenal sebaik-baik akal budi pasangan hidup.
Rahsia untuk mengekalkan rasa cinta terhadap insan hanya dua, iaitu rindu untuk bertemu dan melakukan apa sahaja yang disuruh. Apa yang lebih penting dan utama adalah untuk mengekalkan rasa CINTA kepada Allah dan Rasul-Nya, rindu untuk bertemunya di akhirat sana, rindu dengan bermunajat di sepertiga malam, rindu untuk menghadap-Nya dalam solat juga melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
cinta vs CINTA ??
Pada ruangan ini mhh ingin memberi pendapat sedikit mengenai cinta.. Perlukah bercouple sebelum berkahwin. Ada diantara kita berpendapat bahawa "klau kita xcouple mcm mana nak cari jodoh atau pasangan hidup". Pendapat ini mhh hendak jelaskan sedikit bahawa rezeki, maut, jodoh dan takdir itu adalah ketentuan tuhan. Keyakinan terhapap 4 perkara ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa setiap pasangan itu dipilih atas izin Allah swt sebenarnya. Kepada yang berpendapat diatas, anda harus faham istilah cinta dengan CINTA itu sendiri. Pronouncenya mungkin sama tetapi maksud dan praktiknya adalah berbeza.
Cinta. cinta kecil ini kebanyakan terdapat kepada couple2 muda seperti pelajar contohnya kerana mhh juga masih seorang pelajar. Cinta ini lebih merujuk kepada perasaan kecil yang timbul dari mata dan turun ke hati. Praktiknya hanya lebih kepada memerlukan belaian dan kasih syg dari seseorang, maka perasaan cinta kecil ini wujud secara tak diduga sehingga lama-kelamaan mendorong kepada perbuatan maksiat seperti berdua-duaan dan sebagainya. Untuk konsep cinta ini mhh ini memberikan satu analogi berkaitan cinta kecil ini. Jika seorang kanak2 sayang kepada binatangnya peliharaannya seperti kucing yang cute atau kure2 agk comei itu jga sebenarnya dinamakan cinta iaitu kasih dan syg terhadap binatang kesayangannya dimana ianya memerlukan teman untuk bermain dan sebagainya. Itulah praktik cinta kecil seorang lelaki terhadap pasangannya yg hanya memerlukan teman berbual dan mendapatkan belaian manja.
CINTA. Cinta besar ini sebenarnya wujud dari hati naluri yang ikhlas serta berserah kepada Allah Swt. Cinta ini merupakan cinta yang amat besar terhadap pasangannya dimana batas pergaulan mereka dijaga. Jika seseorang itu cinta kepada pasangannya sepenuh hati maka seseorang akan berusaha supaya tidak berbuat maksiat kepada pasangannya. Cinta ini adalah cinta illahi yang membawa kepada perkahwinan serta menghalalkan batasan yang haram apabila mereka diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri. Ini yang dituntut dalam islam. Cinta selepada berkahwin itu lebih nikmat berbanding bercinta sebelum berkahwin ini pendapat mhh...
Wallahu taala 'alam.
No comments:
Post a Comment