Alhamdulillah.. terlebih dahulu ingin ku mengungkapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya ku diberi nikmat Iman dan Islam dalam diriku..
Inginku berkongsi sedikit pengalaman manis dan pahit disini ketika ku berada di Setiu, Terengganu. Tujuan pertama aku ke sana adalah ingin berjumpa dengan bakal keluarga isteriku iaitu Nurhazwanie Azhar.. Pengalaman pertama bagiku berjumpa dengan keluarganya memberikan aku kenangan manis bersama beberapa hari di sana.
Tambahan pula itu adalah kali ke-2 aku berjumpa dengan bakal isteriku selepas Majlis Konvokesyen University pada Oktober 2013, hati bagaikan berdebar melihat keserian wajahnya.. Sambil aku berkata pada hati.."alangkah indahnya kurniaan dari-Mu kepada aku Ya Allah..".
Bersiar-siar di kampung halamannya, terus melupakan aku kepada tugas yang dipikul aku sebagai Jurutera Awam.. Aku bagaikan jatuh hati di sana dengan keindahan kampung halaman,diserikan dengan kehijauan semula jadi, kenikmatan angin pantai, itu adalah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan di sana.
"Dear awk, terima kasih kerana menjemput saya ke istana awak, berjumpa dengan keluarga awak.. saya amat sayankan keluarga awk.."
Pantai Penarek, Setiu, Terengganu
Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu
Pantai Penarek, Setiu, Terengganu
Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu
by: mhh