Ya Allah ya tuhanku..
Dalam menjalani hari - hari bersama ibadahmu,
Semakin hari aku merasakan dia semakin dekat dengan ku..
Wahai Ya Allah..
Adakan semua yang berlaku ini adalah kehendak-Mu?
Ya Allah yang maha pemurah..
Sesungguhnya aku telah memohon kepada-Mu untuk ditemukan dengan jodoh dari kalangan orang-orang yang beriman.. Adakah dia pertunjuk yang ku maksudkan selama ini?
Ya Allah yang maha adil..
Ya Allah yang maha adil..
Andai dia adalah untukku.. Pimpinlah kami supaya beriman kepada-Mu.. Berilah pertunjuk akan jalan ke syurga-Mu yang abadi.. Serta menjadikan-Mu suatu yang agung dalam diri kami..
Ya Allah yang maha pengasihani..
Memang benar akan bahawa semua ujian-Mu itu atas dasar untuk mengangkat darjat umat-Mu.. Namun begitu kami insan kerdil.. Insan yang sangat lemah akan ujian-Mu Ya Rabb.. Berilah kami kekuatan dalam menempuhi segala ujian-ujian-Mu..

Ya Allah ya Rahim..
Tiada cinta abadi melainkan cinta illahi..Namun begitu, kurniakanlah kami cinta seakan-akan cinta pada-Mu..
Ya Allah.. Sesungguhnya air mataku mengalir kerana takutkan -mu.. Namun kadang - kala, ianya juga mengalir saat ku amat rindukan-Mu Ya Allah.. Kekalkanlah jodoh hamba-Mu ini hingga ke syurga.. Kerana itulah jalan penghabisan yang di impikan oleh kedua -dua hamba-Mu ini...

Amin Ya Robb...
No comments:
Post a Comment