Ya Allah..
Sesungguhnya aku bersyukur atas segala pemberian-Mu ke atasku.. Engkau telah temukan aku dengan insan impianku..
Walau dahulunya ada perasaan benci diantara kami.. Namun, atas kekuasan-Mu, Kau telah satukan hati kami..
Ya Allah..
Walaupun begitu, jagalah hati kami Ya Allah.. Jangan biarkan perasaan yang berputik dihati kami mendahului cinta ke atas-Mu yang abadi..
Ya Allah..
Berikanlah kehangatan Cintaku pada "si dia" kerana-Mu Ya Allah.. dan janganlah engkau sesekali kurniakan cintaku pada "si-dia" kerana nafsu semata-mata.. Kerna..inginku luahkan rasa cinta dan sayang sepenuh hati kepadanya kerana-Mu wahai Sang Pencipta...
Amin Ya Rabbal 'alamiin...
No comments:
Post a Comment