Sunday 5 February 2012

Ya Rasulullah s.a.w !!

"dengan nama Allah yang maha Permurah lagi maha pengasihani.."



BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  •  
  • Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  •  
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.


USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.


USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
  • Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus  meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
  •  Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.



Marilah kita perbanyakan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Pemimpin umat Islam yang terbilang...

Wednesday 1 February 2012

Tangisan Buat Ibuku


"Ibu oh Ibu.." aku terdengar seseorang memanggil ibunya.. Terdiam seketika aku disana.. sedih dan rindu kepada ibuku semakin membuak.. kerana tiada lagi ungkapan itu boleh aku ungkapkan kepada ibuku kini.. Rindu di mulutku untuk mengungkap perkataan sebegitu.. alangkah tuhan itu lebih menyayangi ibu sehinggakan tiada peluang lagi untuk aku berkata begitu..


Inilah kisah hidupku..akulah Muhammad Harith.. Ibuku pergi meninggalkan kami sekeluarga sejak 7 tahun lalu sewaktu melahirkan adikku.. alangkah tuhan itu maha penyayang dan maha mengetahui.. ibuku dan adikku ditakdirkan pergi dulu meninggalkan kami sekelurga.. 


Tujuh tahun berlalu ibuku pergi meninggalkan kami.. Sejak itu aku masih dibangku sekolah.. adik-adikku masih kecil. Tinggallah aku bersama ayah.. Dibesarkan tanpa mendapat kasih sayang daripada seorang ibu.. tiada tempat untuk kami mengadu sakit.. tiada tempat untuk kami sekeluarga meluahkan rasa.. Semua perasaan dipendam.. dipendam dan disimpan sehingga ia hilang.... 
"Mak... sakiiitt ini.. mak... nak itu.. ibu... nak makan ini..." Kata-kata itu hanya kenangan kepada aku.. kenangan bersama ibu.... Ibuku.. Ibu kami.... 


Sering aku bertanya kepada diriku.. "ibu... kemana ibu pergi.." lalu ku tunggu.. maka tiada jawapan.. Bila aku pulang ke kampung, teringin untuk aku makan masakan ibu seperti rakan-rakan aku.. malangnya.. aku terlupa bahawa aku sudah tiada ibu untuk menyajikan makanan sebegitu.. Perasaan itu harus kami telan sekeluarga...


Tetapi, semalam.. aku bertemu ibu dalam mimpi aku.. Aku dibawa oleh ayah menuju ke suatu tempat dimana ibuku tinggal.. suatu tempat yang agak tinggi.. orang ramai menunggu diluar dan masing-masing berpusu-pusu untuk menyalamiku.. ayahku berhenti diluar tempat itu dan memberitahu aku bahawa ibu menunggu didalam..


Aku tanpa terus masuk kedalam rumah putih dan aku melihat ibu menunggu aku disana.. aku lantas pergi kearahnya dan terus mengucup pipinya... betapa sebaknya aku pada masa itu.. aku gembira dapat bertemu, menyentuh dan mengucup ibuku.. kami menangis.. Ya Allah.. besar sungguh kuasamu sehingga dapat menemukan aku dan ibu.. 


Tangisan aku masih tidak terhenti kerana aku tahu pertemuan ini hanya sementara.. Sempat ibu berpesan kepada aku supaya menjada adik-adik dengan baik.. dalam tangisan itu sempat juga aku memberitahu ibu yang aku sekarang ini sudah ke menara gading.. sewaktu ibu ada, aku masih dibangku sekolah..


Saat aku buka mata.. aku benar-benar menangis.. Tangisan itu dari dalam mimpi hingga ke alam nyata.. alangkah gembiranya dapat bersama ibu lagi....

"Ya Allah.. tempatkanlah ibuku ditempat orang-orang yang beriman.. Sejahterakanlah ibuku disisimu bersama-sama orang yang beriman keatasmu.. Sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa lagi maha mengasihani.." 


Nukilan Kasih Terhadap Ibu drp mhh