Monday 17 December 2012

Bunga Kembang Bertali Hati



"Perbanyakkanlah kita melihat kebesaran Alla swt.. Kerna iannya akan mengingatkan kita kepada pencipta nya... "

Amin

 | mhhphotostudio.blogspot.com |

Thursday 29 November 2012

Sepetang di Titi Semeling


Pernah tak kita terfikir bahawa disekeliling kita terdapat nikmat - nikmat yang tuhan kurniakan kepada kita, malah kita sering terlupa akan kurniaan tuhan itu.

"Belajarlah mengenal tuhan dengan menikmati ciptaan-Nya.."


Video Perasmian Tadarus Al-Quran



Baru - baru ni ana dijemput untuk melakonkan watak sebagai Imam. Video ini bersempena dengan perasmian Program Tadarus Al-Quran peringkat Kolej Kediaman ana. 

Yang bagusnya video ini mengambarkan keadaan dan aktiviti pelajar semasa di asrama universiti. Dan apa yang nak diketengahkan adalah kesedaran tentang Solat dan membaca Al- Quran.

Tak kiranya sesibuk mana kita tetapi jgn sesekali kita melupakan yang wajib itu.. hehe

Selamat beramal....

Monday 12 November 2012

Cameroon Highland




Alhamdulillah dengan izin Allah swt, dapat juga scene ini di Green Hill, Cameroon Highland. Udara yang nyaman membuatkan hati berasa tenang, tiada bunyi-bunyi kereta dan sebagainya.

  
Ini pulak view dari Bharat Tea Plantation, Cameroon Highland. View yang indah dan tenang saja bila melihatnya.

Yang ini scene yang jalan berhampiran dengan Green Hill Appartment tempat saya bermalam menuju ke Green Lily tempat saya makan - makan.

Pengembaraan yang saya tidak dapat lupakan.. Insya-Allah bila dah berkahwin nanti, saya akan bawa isteri saya ke sini semula....


Tuesday 25 September 2012

Kesalahan dalam Al-QURAN

"Berhati-hati ketika menggunakan perisian ANDROID terutama sekali menggunakan perisian yang berkaitan dengan hal - hal keagamaan.."


Berikutan saya terjumpa kesilapan dalam ayat Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Imran; ayat - 7, dimana apabila disemak dalam naskah Al-Quran mendapati terdapat tambahan pada ayat tersebut. Mohon berhati-hati kepada semua muslim. Terdapat banyak lagi kesalahan didapati berlaku dalam perisian tersebut ..

Jenis Perisian:
Al-Quran Reader

..Mohon SHARE kepada rakan -rakan lain..





Saturday 14 July 2012

Kelebihan Bawang Merah

Bawang Merah


BAWANG merah merupakan antara bahan wajib yang dimasukkan dalam setiap hidangan makanan kerana fungsinya sebagai ramuan masakan. Selain digunakan untuk memasak, bawang merah yang dihiris nipis dan digoreng, ditaburkan di atas pelbagai sajian yang berkuah atau bergoreng.

Tahukah anda bahawa bawang merah juga bertindak sebagai ubat dalam merawat pelbagai penyakit kronik?

Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa var aggregatum, merupakan sejenis tumbuhan dalam kumpulan Aggregatum.

Walaupun saiznya lebih kecil berbanding bawang besar, tetapi ia mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan dalam merawat penyakit yang serius.

Kebanyakan pakar perubatan mendapati, bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Selain itu, bawang merah juga bertindak sebagai penawar untuk melegakan sakit perut, menggalakkan rembesan kahak dan menambah aliran air kencing.


Sementara itu, artikel yang ditulis oleh Dr. Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods menyatakan, kajian menunjukkan individu yang makan bawang setiap hari, dapat mengurangkan kadar kolesterol.

Tanaman bermusim ini memiliki umbi yang berlapis, berakar serabut dan daunnya berbentuk seperti silinder berongga.

Umbi bawang merah mula terbentuk dari pangkal daun kemudian bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya. Akhirnya ia akan membentuk akar yang berlapis.

Dalam proses penanaman dan kematangan bawang merah, tumbuhan ini memerlukan dua unsur penting, iaitu unsur nitrogen dan kalium.

Ini kerana unsur nitrogen akan membantu perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun dan pembentukan cabang. 

Sementara itu, unsur kalium pula berfungsi untuk pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim dan meneutralkan asid organik.

Dengan adanya kedua-dua unsur ini dalam penanaman bawang merah, proses pembentukkan akar pokok berjalan dengan lancar. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang merah terganggu dan rosak.

Bawang merah yang mengeluarkan percikan yang memedihkan mata ketika dihiris, mengandungi vitamin C, potasium, serat dan asid folik. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Beberapa penyelidikan mengenai khasiat bawang merah mendapati, bawang merah mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoid seperti quercetin.

Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, antiviral, antialahan dan antibengkak.

Pengkaji dari India mendapati, lebih banyak kita makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka juga berpendapat, tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.

Kajian terbaru menunjukkan, bawang merah mengandungi enam kali ganda kandungan fenolik berbanding bawang biasa. Kandungan tersebut membantu mengeluarkan toksin dalam badan.

Bukan itu sahaja, bawang merah yang berasa manis ini, mempunyai saponins iaitu sejenis kimia yang dapat menghindarkan dan membunuh sel kanser.

Ia akan mencairkan darah beku dan menunjukkan tahap tinggi antiplatelet yang baik untuk pesakit yang menghidap penyakit aterosklerotik, penyakit jantung, dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah juga dapat mengurangkan tahap gula melalui mengehadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukos.

“Bawang merah bukan sahaja diminati kerana melazatkan hidangan tetapi ia merupakan sejenis sayur yang begitu tinggi nilainya dalam kesihatan,” jelas Profesor Persatuan Penanaman, Universiti Wisconsin, Madison, Irwin Golman.

Dengan menikmati bawang merah setiap hari ia boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20 peratus. Kandungan prostaglandin A-1nya, iaitu sejenis agen yang kuat mengurangkan tekanan.

Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Sambal Tumis Melaka


Sambal Tumis Melaka

Alhamdulillah adik-adik, kakak-kakak, abang-abang..
Hari ini saya nak berkongsi satu recipi baru. Baru bagi saya sebagai seorang lelaki.. hehe.. Recipi ni saya minta daripada mak saudara saya dan saya sememangnya suka hidangan ini.. Senang cita my favorite dish la.. Yelah, selalu asyik masak gulai saja, jadi arini ni nak cuba Sambal Tumis Melaka pulak..
Jom kita pakat p dapuq...

The 1st of all, kita kena prepare ingredientnya dulu,

Bahan-bahan

1. Cili kering dalam 3 cekak
2. Ikan Bilis
3. Bawang merah dalam 20 biji
4. Bawang putih dalam 5 ulas ja
5. Garam dan Aji namotor
6. Minyak masak +- 8 sudu teh


Cara-caranya

1.  Baca bismillah dulu sebelum buat kije
2.  Goreng ikan bilis sampai garing
3.  Blend cili kering sampai lumat - lumat
4.  Blend bawang merah dan bawang putih sampai lumat
5.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan tadi sampai naik bau wangi....
6.  Masukkan garam secukup rasa
7.  Letak juga aji namoto (optional) secukup rasa. Tetapi standard practice 1 sudu teh..
Alamak terguna term engineering plak. 
8.  Kacau sampai sebati, masukkan pula ikan bilis yang dah siap di goreng tadi.. Kemudian, kacau sampai  naik hampir kering dgn api yang kecil..
9.  Selapas itu,sedia untuk di hidangkan.. 

Haa..itulah dia Sambal Tumis orang Melaka.. Kepada suami - suami disana, ayuh kejutkan isteri anda.. Kejutkan mereka dengan Sambal Tumis Melaka.. Selamat mencoba.. :)

Wallahu a'lam...

Thursday 14 June 2012

" Apabila Tuhan mencipta Air"


| Hutan Lipur Bekok, Johor | f 13 | 4 sec | ND8 | CPL |


Dalam surah an-Nahl, ayat 10 hingga 11 Allah berfirman bermaksud: "Dialah (Allah) yang menurunkan hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya lagi (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menternak binatang ternakan. Dia (Allah) juga menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."

Sumber air diperoleh secara semula jadi daripada hujan, sungai, tasik dan mata air. Biarpun diperoleh secara percuma, sumber air perlu diurus dengan baik bagi mengelak kesan buruk berkaitan dengannya.
Manusia mudah lupa jika tidak diturunkan bala. Masalah banjir kilat sering berlaku disebabkan gagal mengalir air hujan ke laut. Alur dan sungai banyak tersekat disebabkan proses pembangunan tidak mengambil kira laluan air apabila hujan.

Kita harus bersyukur dilimpahi rahmat dengan jumlah purata hujan yang banyak sepanjang tahun. Sumber air memberi kemakmuran dan kesenangan hidup kepada seluruh rakyat. Kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan, perikanan, pelancongan, kegunaan domestik dan perindustrian berjalan baik hasil sumber air mencukupi.

Bagaimanapun, segala nikmat itu mungkin ditarik Allah dengan pelbagai cara jika manusia tidak menghargai nikmat air. Jumlah hujan yang banyak tidak menjamin bekalan air mencukupi sepanjang tahun.
Peringatan Allah dalam surah al-Mukminun ayat 18 bermaksud: "Kami turunkan air hujan dari langit dengan sukatan tertentu serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."

Semua pihak menanggung kerugian dan kesukaran apabila bekalan air berkurangan. Ketika itu masing-masing sedar betapa pentingnya air. Masalah kekurangan bekalan air bukan kebetulan, tetapi akibat perbuatan manusia sendiri.

Tindakan pemantauan berkaitan bekalan air dilakukan bersungguh-sungguh hanya ketika berlaku krisis bekalan air. Malangnya, masalah itu dilupai selepas dapat diatasi buat sementara. Ini memberi peluang pihak tidak bertanggungjawab mengulangi kesalahan dan mengaut keuntungan. Mereka tidak takut didenda kerana mampu membayarnya.

Masalah berkaitan air bukan satu bencana alam semata-mata, malah peringatan disebabkan manusia tidak menunaikan amanah dan tanggungjawab.
Sikap tamak dan angkuh menjadikan manusia tidak rasa bersalah biarpun mengetahui perbuatan mendatangkan keburukan.

| Hutan Lipur Bekok, Johor | f 17 | 6 sec | ND8 | CPL |



AIR nikmat berharga dikurniakan Allah yang menjadi unsur penting diperlukan manusia dan seluruh jasad hidup. Tanpa air, bumi gersang dan tidak ada sesuatu pun yang boleh hidup. Firman Allah bermaksud: "Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon dan biji tumbuhan yang dikutip hasilnya." (Surah Qaf, ayat 9).


Allah menurunkan hujan sebagai anugerah kepada hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menghargai nikmat kurniaan itu. Jika nikmat itu tidak diendahkan, maka dibalas dengan azab yang pedih.


Manusia perlu menghargai air dengan melakukan usaha ke arah memelihara dan memulihara sumber air.



Perbuatan mendatangkan keburukan kepada sumber air perlu dihentikan. Penggunaan air juga perlu dikawal agar tidak berlaku pembaziran sumber. Sekiranya Allah menarik balik nikmat air, tiada siapa dapat mengatasi kekuasaan Allah untuk mengubah ketentuan-Nya. Masalah berkaitan air adalah bala. Ia satu peringatan supaya kembali insaf dan tidak berterusan melakukan dosa.



Jika manusia tidak insaf dan tidak memperbetulkan kesalahan dilakukan, bala lebih besar ditimpa seperti diceritakan dalam al-Quran mengenai kehancuran menimpa kaum Saba akibat ingkar mematuhi perintah Allah.



Kaum Saba mendapat limpah kurnia melakukan kegiatan pertanian secara besar-besaran dengan ada bekalan air mencukupi. Negara Saba mendapat kemakmuran dan kehidupan mewah sehingga menjadi tumpuan penduduk dari kawasan sekitar.



Balasan berkaitan air tidak saja melalui banjir. Masalah kekurangan bekalan air, tanah runtuh, banjir lumpur, hakisan tanah dan penyakit bawaan air juga satu bentuk balasan. Kejadian itu disebabkan manusia melakukan perbuatan menyalahi hukum alam sehingga peranan air tidak terkawal.



Tanah runtuh berlaku disebabkan kemusnahan struktur semula jadi disebabkan kegiatan pembinaan bangunan, jalan raya dan penempatan yang dibuat di lereng atau atas bukit tanpa kawalan. Bukit yang menjadi paksi bumi mengalami perubahan ketara tidak mampu mengekalkan peranannya.



Masalah hakisan tanah mendatangkan kesan buruk biarpun berlaku perlahan. Kejadian hakisan menyebabkan air sungai dicemari kelodak dan unsur tidak larut. Sungai menjadi cetek dan mengganggu ekologi hidupan air.



Kegiatan pembalakan haram dan tidak terkawal sering mengganggu kawasan diwartakan tadahan hujan. Pokok ditebang sehingga kawasan hutan menjadi gondol. Keuntungan diperoleh pencuri balak, sedangkan orang ramai mengalami padahnya.



Kawasan hutan tadahan hujan yang dibersihkan tidak lagi menyimpan air. Simpanan air dalam tanah berkurangan dan mudah kering apabila musim kemarau. Loji air menghadapi kekurangan bekalan air sehingga tidak memenuhi keperluan domestik.



Kekurangan bekalan air dalam tanah juga menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak subur dan mati. Haba di kawasan meningkat dengan mendadak dan menyebabkan kebakaran hutan mudah berlaku yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.



Manusia perlu mematuhi dan bertanggungjawab menjaga alam agar sumber utama tidak diganggu secara keterlaluan. Sifat melampaui batasan memang ditegah dalam semua hal. Kemusnahan dan kecelakaan mudah berlaku dalam keadaan melampaui batasan.



Soal pengurusan air adalah fardu kifayah yang perlu dipandang serius untuk kepentingan semua. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjamin kepentingan umum tidak dirosakkan.



Tindakan proaktif dan berterusan menjaga dan memulihara sumber air perlu dilakukan tanpa kompromi terhadap pihak yang mengambil kesempatan tidak mematuhi peraturan supaya sumber air berada pada tahap lebih lestari dan berkualiti.



Alam ini perlu dipelihara dan diuruskan dengan baik. Tugas ini sebahagian daripada tugas yang diamanahkan terhadap manusia sebagai khalifah. Allah menjelaskan kemusnahan dan penderitaan bakal ditanggung manusia jika melakukan perbuatan menyalahi aturan alam.




"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)




Wallahu a'lam....

Monday 14 May 2012

Aku, Dia dan Tuhan...



"Ya Allah, jika dia adalah untuk diriku, maka Engkau rapatkan hatinya dengan hatiku, Engkau kuatkanlah perasaanku untuk terus berpegang pada dirinya. Dan andai sebaliknya yang Engkau takdirkan antara aku dan dia, maka damaikanlah antara hati-hati kami berdua. Amin.." 



"Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.. Amin.." 


Sama-sama kita ikhlaskan diri kita dalam segala hal semata-mata kerana Allah...


"Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.'
(Surah al-An'am ayat 162)



~mhh~

Saturday 28 April 2012

Mutiara Qasidah : "Salamun salam"

سلام سلام كمسك الختام



سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ


Salam dan salam sebagai penutup yang baik


عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia

ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman

ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat

سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku

وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku

فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci

وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia

أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا
Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia

وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku

فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku

ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya  dalam mimpiku

أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
Aku mati dan hidup dalam keadaan  mencintaimu

وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia

ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu

وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام
Azam dan tujuanku sentiasa padamu

فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram

إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن
Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka

ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن
Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku

وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الِْعظَام
Dan telah bercampur dengan seluruh badanku

إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi

ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب
Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu

يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang

ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta

لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing

ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي
Alangkah sedih dan merananya aku

 وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu

بِذُلِّي وحَسْبِيْ بِهِ يَا غُلاَم
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan

عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit

بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan

فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang

يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام

Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya



" Alunan Qasidah Salamun Salam"




"Alunan Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Yaman"

Saturday 21 April 2012

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia

Petua untuk Isteri sentiasa 
cantik dan bahagia


Cara- cara: 


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.



Semoga bakal isteriku mengamal petua ini.. Amin...

Jejak Makam Nabi Sulaiman a.s



Makam Nabi Sulaiman a.s di Sirfa, Karak. Lokasi ini dikatakan tempat Nabi Sulaiman
bermukim dan beberapa tempoh masa.

Selepas melalui tanah Shihan, van mula bergerak menuju ke perkampungan Bani Hamaidah iaitu Faqu'a, Imra', Shahtur dan terus ke Sirfa. 

Petang itu aku bersama 7 sahabat yang lain mengembara ke tanah Sirfa yang meninggalkan catatan sejarah tempat permukiman Nabi Sulaiman a.s.

Sirfa yang jauh dari kekusutan bandar amat menenangkan hatiku.

Anak-anak kecil berlari riang di hadapan rumah yang daif.
Cuaca yang panas dibantu oleh angin yang nyaman memberi kelegaan kepadaku.

Dataran Jabal Shihan yang luas menempatkan beberapa daerah kecil dan Sirfa berada di dalam daerah Abdullah Rawahah. Pemandu kami, Eidd Khiryeh turut berasa gembira pada petang hari tersebut kerana ia merupakan pengalaman pertama beliau menjejaki daerah tersebut.

Aku sudah kali ke 5 menjejaki Sirfa untuk ke makam Nabi Sulaiman. Kali pertama ketika bersama sahabat arab Yusuf Qatatnah, kedua ketika program Jelajah Tawan Jordan 2004, ketiga semasa program Jejak Makam Sulaiman anjuran KEMBARA 2005 dan kali terakhir aku tiba disitu sebelum petang hari tersebut ialah ketika program Jejak Rasul pada Jun 2006.

Setelah mengambil simpang kecil dari kampung Sirfa, van yang dipandu oleh Eid terus membawa kami ke kawasan berbukit untuk menuruni curam ke makam Nabi Sulaiman a.s.
Jalan curam menuruni bukit untuk ke tapak makam. Kelihatan dataran lembah dan
laut mati yang berdekatan dengan kawasan makam.

Kali ini perjalanan menjadi lebih mudah. Pada pengembaraan yang lalu, semua terpaksa berjalan kaki menuruni curam untuk ke makam dan kemudian mendaki bukit yang agak tinggi untuk kembali ke jalan bertar. Tetapi pengembaraan kali ini menjadi mudah apabila kerajaan Jordan telah menghadiahkan jalan tar di kawasan tersebut dan van boleh terus melalui jalan tersebut hingga ke kawasan makam.

Kami selamat tiba di kawasan makam nabi sulaiman dalam keadaan kesan binaan lama di situ sedang dijalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan.

Bersebelahan dengannya terdapat khemah dari kain guni kepunyaan para pekerja projek tersebut.

Sejarah melalui sumber lisan zaman berzaman menyatakan kawasan tersebut dikatakan tempat Nabi Sulaiman a.s menetap untuk beberapa ketika. Di situ terdapat sebuah pokok berusia ribuan tahun (pokok itu telah mati) dan sebuah binaan lama yang dipercayai dibina oleh Nabi Sulaiman a.s.
Penguasaan kerajaan Nabi Sulaiman a.s berpusat di Baitulmuqadis. Jarak dari Baitulmuqadis dengan Sirfa hanya 82 km. Dan jarak Wadi Nimil di Asqolan yang turut menjadi kawasan utama pemerintahan Nabi Sulaiman a.s terletak kurang 100km dari Sirfa. Dan Sirfa berada di bukit-bukit lembah berjiran dengan Laut Mati yang dimiliki oleh Jordan dan Palestin ketika ini.

Makam yang dimaksudkan ialah tempat berhenti bukannya makam seperti maksud bahasa melayu iaitu kubur yang mempunyai jasad. Makam berasal dari perkataan arab Qoma bermaksud berdiri dan Maqom bermaksud tempat berdiri/tempat berada.
Gambar kenangan bersama Habiss Abu Rumman. Dia menjemput untuk bermalam di khemahnya
sebelum 1 Ramadhan. Nombor telefon sudah di ambil. Jika ada kesempatan masa ingin bermalam
di khemahnya bersebelahan makam nabi sulaiman a.s

Di makam tersebut aku berkenalan dengan Habiss Abu Rumman (berasal dari As-Salt), orang yang bertanggungjawab menguruskan projek pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau bertugas di bawah Lajnah (Biro atau pertubuhan) yang dinamakan Lajnah Hashimiah yang dinaungi oleh kerajaan Jordan. Lajnah ini bertanggungjawab mengurus, memelihara, memulihara seluruh kawasan-kawasan sejarah Islam di Jordan. Ia termasuk makam-makam para anbiya', para sahabat dan lokasi sejarah Islam yang lain seperti kawasan peperangan dan sebagainya. Lajnah Hashimiah membelanjakan wang yang sebegitu banyak untuk projek-projek ini.

Aku memuji sikap kerajaan Jordan atas kesedaran mereka membangunkan tempat-tempat sejarah sebegini. Berbeza dengan di Mesir, Syria dan lain-lain yang tidak mengambil peduli untuk menjaga dan memelihara tempat-tempat sejarah sedemikian.

Walaupun berkemungkinan ia adalah pendapat sejarah yang lemah mengatakan di situ salah satu tempat Nabi Sulaiman a.s pernah menetap, namun ia tetap menjadi sumber sejarah lisan zaman berzaman.

Yang pasti, bumi Jordan, Mesir, Iraq, Syria, Lebanon, Turkey, Saudi Arabia, Yemen merupakan bumi para anbiya'. Di sinilah para anbiya lahir, menetap dan wafat. Dan di bumi ini mereka menyampaikan dakwah mereka kepada umat manusia.

Tidak mustahil setiap inci tanah pernah mereka tiba di bumi barakah ini.

Wallahu'alam.
Aku bersama rakan-rakan lain yang turut serta menjejaki lokasi sejarah Nabi Sulaiman a.s dari kiri : Taufik (Penang), Yusof (Selangor- Student Perubatan Odesa University, Ukraine), Afifuddin (Kedah), Termizi (Penang), Ifwat (Terengganu), Mutazam (Perak-Member sejak Secondry School) dan aku
Tiada dalam gambar : Mazlan (Perak)

Indahnya Pantai Mersing



Pantai Mersing, Tanjung Leman

Pantai Mersing, Tanjung Leman

Sunday 5 February 2012

Ya Rasulullah s.a.w !!

"dengan nama Allah yang maha Permurah lagi maha pengasihani.."



BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  •  
  • Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  •  
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.


USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.


USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. 
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
  • Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus  meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
  •  Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.



Marilah kita perbanyakan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Pemimpin umat Islam yang terbilang...

Wednesday 1 February 2012

Tangisan Buat Ibuku


"Ibu oh Ibu.." aku terdengar seseorang memanggil ibunya.. Terdiam seketika aku disana.. sedih dan rindu kepada ibuku semakin membuak.. kerana tiada lagi ungkapan itu boleh aku ungkapkan kepada ibuku kini.. Rindu di mulutku untuk mengungkap perkataan sebegitu.. alangkah tuhan itu lebih menyayangi ibu sehinggakan tiada peluang lagi untuk aku berkata begitu..


Inilah kisah hidupku..akulah Muhammad Harith.. Ibuku pergi meninggalkan kami sekeluarga sejak 7 tahun lalu sewaktu melahirkan adikku.. alangkah tuhan itu maha penyayang dan maha mengetahui.. ibuku dan adikku ditakdirkan pergi dulu meninggalkan kami sekelurga.. 


Tujuh tahun berlalu ibuku pergi meninggalkan kami.. Sejak itu aku masih dibangku sekolah.. adik-adikku masih kecil. Tinggallah aku bersama ayah.. Dibesarkan tanpa mendapat kasih sayang daripada seorang ibu.. tiada tempat untuk kami mengadu sakit.. tiada tempat untuk kami sekeluarga meluahkan rasa.. Semua perasaan dipendam.. dipendam dan disimpan sehingga ia hilang.... 
"Mak... sakiiitt ini.. mak... nak itu.. ibu... nak makan ini..." Kata-kata itu hanya kenangan kepada aku.. kenangan bersama ibu.... Ibuku.. Ibu kami.... 


Sering aku bertanya kepada diriku.. "ibu... kemana ibu pergi.." lalu ku tunggu.. maka tiada jawapan.. Bila aku pulang ke kampung, teringin untuk aku makan masakan ibu seperti rakan-rakan aku.. malangnya.. aku terlupa bahawa aku sudah tiada ibu untuk menyajikan makanan sebegitu.. Perasaan itu harus kami telan sekeluarga...


Tetapi, semalam.. aku bertemu ibu dalam mimpi aku.. Aku dibawa oleh ayah menuju ke suatu tempat dimana ibuku tinggal.. suatu tempat yang agak tinggi.. orang ramai menunggu diluar dan masing-masing berpusu-pusu untuk menyalamiku.. ayahku berhenti diluar tempat itu dan memberitahu aku bahawa ibu menunggu didalam..


Aku tanpa terus masuk kedalam rumah putih dan aku melihat ibu menunggu aku disana.. aku lantas pergi kearahnya dan terus mengucup pipinya... betapa sebaknya aku pada masa itu.. aku gembira dapat bertemu, menyentuh dan mengucup ibuku.. kami menangis.. Ya Allah.. besar sungguh kuasamu sehingga dapat menemukan aku dan ibu.. 


Tangisan aku masih tidak terhenti kerana aku tahu pertemuan ini hanya sementara.. Sempat ibu berpesan kepada aku supaya menjada adik-adik dengan baik.. dalam tangisan itu sempat juga aku memberitahu ibu yang aku sekarang ini sudah ke menara gading.. sewaktu ibu ada, aku masih dibangku sekolah..


Saat aku buka mata.. aku benar-benar menangis.. Tangisan itu dari dalam mimpi hingga ke alam nyata.. alangkah gembiranya dapat bersama ibu lagi....

"Ya Allah.. tempatkanlah ibuku ditempat orang-orang yang beriman.. Sejahterakanlah ibuku disisimu bersama-sama orang yang beriman keatasmu.. Sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa lagi maha mengasihani.." 


Nukilan Kasih Terhadap Ibu drp mhh

Monday 30 January 2012

Petua Imam Syafie


Saya ingin berkongsi sedikit mengenai entry yang boleh dijadikan ikutan dan amalan dalam kehidupan kita seharian dalam menjadi muslim yang hebat

Pantai Sungai Lurus, Senggarang

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat Cara Tidur
1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama' & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa.
Zikir.
Itulah kekuatan seorang muslim :)


Semoga apa yang disampaikan dapat diamalkan dengan sempurna dan memperolehi keberkatan dari tuhan.. Wallau a'lam..

Saturday 28 January 2012

Pengenalan terhadap "HDR Photography"


"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.." 

Di sini mhh ingin berkongsi sedikit tips untuk mendapatkan gambar berunsurkan HDR. Sebelum itu, apakah itu HDR. HDR adalah singkatan daripada "High Dynamic Range Images". Konsep utama HDR adalah menggabungkan gambar "low contrass" dan "high contrass" menjadi gambar yang berkualiti.

Biasanya, gambar akan diambil sekurang-kurangnya tiga(3) dedahan (exposure) yang berbeza iaitu -2ev, 0ev dan +2 ev secara basicnya. Ketiga-tiga gambar ini digabungkan dengan mengunakan softwere tertentu seperti Photomtix, Photoshop +CS4 atau HDR Efex Pro. Berikut adalah contoh gabungan gambar membentuk gambar HDR:

HDR Image

Perkara yang diperlukan untuk merakam HDR image
  1. Dslr camera atau Compact camera
  2. Tripod
  3. Shutter Realease*
  4. Filter yang sesuai seperti ND8, Polorizer (CPL)*
      * Optional

Cara untuk merakam gambar HDR
  1. Dapatkan angle yang sesuai seperti pemandagan dan pastikan ianya mematuhi prinsip THE RULE OF THIRD;
  2. Pasang alatan anda seperti tripod dan juga kamera, pastikan ia kukuh dan bebas dari gegaran;
  3. Aktifkan kamera anda dan pilih mode Aparture Priority (A) dan setkan ISO yang rendah.
  4. Rakam tiga gambar -2ev, 0 ev, +2ev. Pengguna DSLR boleh mengaktifkan arahan Auto Exposure Bracketing (AEB).
  5. Gunakan softwere untuk menggabungkan ketiga-tiga gambar tersebut. Cari arahan Merge to HDR

Selamat mencuba, semoga anda lebih menghayati keindahan tuhan di dunia ini.. Wallahu a'lam..