Saturday 14 July 2012

Kelebihan Bawang Merah

Bawang Merah


BAWANG merah merupakan antara bahan wajib yang dimasukkan dalam setiap hidangan makanan kerana fungsinya sebagai ramuan masakan. Selain digunakan untuk memasak, bawang merah yang dihiris nipis dan digoreng, ditaburkan di atas pelbagai sajian yang berkuah atau bergoreng.

Tahukah anda bahawa bawang merah juga bertindak sebagai ubat dalam merawat pelbagai penyakit kronik?

Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa var aggregatum, merupakan sejenis tumbuhan dalam kumpulan Aggregatum.

Walaupun saiznya lebih kecil berbanding bawang besar, tetapi ia mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan dalam merawat penyakit yang serius.

Kebanyakan pakar perubatan mendapati, bawang merah mampu mengurangkan risiko penyakit antaranya kanser. Selain itu, bawang merah juga bertindak sebagai penawar untuk melegakan sakit perut, menggalakkan rembesan kahak dan menambah aliran air kencing.


Sementara itu, artikel yang ditulis oleh Dr. Barry Sears dalam bukunya yang bertajuk The Top 100 Zone Foods menyatakan, kajian menunjukkan individu yang makan bawang setiap hari, dapat mengurangkan kadar kolesterol.

Tanaman bermusim ini memiliki umbi yang berlapis, berakar serabut dan daunnya berbentuk seperti silinder berongga.

Umbi bawang merah mula terbentuk dari pangkal daun kemudian bersatu dan membentuk batang yang berubah bentuk dan fungsinya. Akhirnya ia akan membentuk akar yang berlapis.

Dalam proses penanaman dan kematangan bawang merah, tumbuhan ini memerlukan dua unsur penting, iaitu unsur nitrogen dan kalium.

Ini kerana unsur nitrogen akan membantu perkembangan daun, meningkatkan warna hijau daun dan pembentukan cabang. 

Sementara itu, unsur kalium pula berfungsi untuk pembentukan gula, asas penghasilan protein, pemangkin bagi tindakbalas enzim dan meneutralkan asid organik.

Dengan adanya kedua-dua unsur ini dalam penanaman bawang merah, proses pembentukkan akar pokok berjalan dengan lancar. Sekiranya bawang merah mengalami kekurangan kalium ia akan mengakibatkan tanaman bawang merah terganggu dan rosak.

Bawang merah yang mengeluarkan percikan yang memedihkan mata ketika dihiris, mengandungi vitamin C, potasium, serat dan asid folik. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Beberapa penyelidikan mengenai khasiat bawang merah mendapati, bawang merah mengandungi dua bahagian yang terdiri daripada sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan flavonoid seperti quercetin.

Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur antikanser, antibakteria, antiviral, antialahan dan antibengkak.

Pengkaji dari India mendapati, lebih banyak kita makan bawang merah semakin rendah gula dalam darah. Mereka juga berpendapat, tiada perbezaan bawang merah mentah dan bawang merah yang direbus.

Kajian terbaru menunjukkan, bawang merah mengandungi enam kali ganda kandungan fenolik berbanding bawang biasa. Kandungan tersebut membantu mengeluarkan toksin dalam badan.

Bukan itu sahaja, bawang merah yang berasa manis ini, mempunyai saponins iaitu sejenis kimia yang dapat menghindarkan dan membunuh sel kanser.

Ia akan mencairkan darah beku dan menunjukkan tahap tinggi antiplatelet yang baik untuk pesakit yang menghidap penyakit aterosklerotik, penyakit jantung, dan strok. Ia juga membantu fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah juga dapat mengurangkan tahap gula melalui mengehadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukos.

“Bawang merah bukan sahaja diminati kerana melazatkan hidangan tetapi ia merupakan sejenis sayur yang begitu tinggi nilainya dalam kesihatan,” jelas Profesor Persatuan Penanaman, Universiti Wisconsin, Madison, Irwin Golman.

Dengan menikmati bawang merah setiap hari ia boleh membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sebanyak 20 peratus. Kandungan prostaglandin A-1nya, iaitu sejenis agen yang kuat mengurangkan tekanan.

Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.

Sambal Tumis Melaka


Sambal Tumis Melaka

Alhamdulillah adik-adik, kakak-kakak, abang-abang..
Hari ini saya nak berkongsi satu recipi baru. Baru bagi saya sebagai seorang lelaki.. hehe.. Recipi ni saya minta daripada mak saudara saya dan saya sememangnya suka hidangan ini.. Senang cita my favorite dish la.. Yelah, selalu asyik masak gulai saja, jadi arini ni nak cuba Sambal Tumis Melaka pulak..
Jom kita pakat p dapuq...

The 1st of all, kita kena prepare ingredientnya dulu,

Bahan-bahan

1. Cili kering dalam 3 cekak
2. Ikan Bilis
3. Bawang merah dalam 20 biji
4. Bawang putih dalam 5 ulas ja
5. Garam dan Aji namotor
6. Minyak masak +- 8 sudu teh


Cara-caranya

1.  Baca bismillah dulu sebelum buat kije
2.  Goreng ikan bilis sampai garing
3.  Blend cili kering sampai lumat - lumat
4.  Blend bawang merah dan bawang putih sampai lumat
5.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan tadi sampai naik bau wangi....
6.  Masukkan garam secukup rasa
7.  Letak juga aji namoto (optional) secukup rasa. Tetapi standard practice 1 sudu teh..
Alamak terguna term engineering plak. 
8.  Kacau sampai sebati, masukkan pula ikan bilis yang dah siap di goreng tadi.. Kemudian, kacau sampai  naik hampir kering dgn api yang kecil..
9.  Selapas itu,sedia untuk di hidangkan.. 

Haa..itulah dia Sambal Tumis orang Melaka.. Kepada suami - suami disana, ayuh kejutkan isteri anda.. Kejutkan mereka dengan Sambal Tumis Melaka.. Selamat mencoba.. :)

Wallahu a'lam...