Friday 18 March 2011

Kejadian Alam

KEJADIAN ALAM

Secara umumnya, teori kejadian alam ini dibahagikan kepada  dua:

1.      Teori Steady State

Teori ini mengatakan alam ini telah sedia ada (qidam) atau tanpa permulaan sebagaimana wujudnya sedia adanya Allah . Teori ini disokong oleh Aristotle. Aristotle telah menyeleweng kenyataan gurunya (Plato) menyatakan alam ini wujud sedia ada tanpa Pencipta. Sedangkan Plato menyatakan wujudnya alam ini disebabkan adanya Super Power ( Pencipta). Malangnya Ibnu Rushdy menyokong teori ini. Bagaimana boleh makhluk iaitu alam ini bersifat qidam (tiada permulaan) sedangkan sifat itu hanya khas untuk Pencipta.
Teori Steady State diperjuangkan oleh Fred Hoyle untuk menentang Teori Big Bang. Walaupun Hoyle menerima bahawa alam semesta berkembang, Hoyle tetap mempertahankan bahawa alam semesta tidak terbatas dalam ukuran dan abadi dalam jangka hayat. Ini bermaksud walaupun alam semesta berkembang, material wujud secara mendadak dan terhad kepada tahap yang diperlukannya. Hoyle sebenarnya ingin menegaskan” kewujudan mutlak material” tanpa permulaan.

2.      Teori Big Bang

Teori Big Bang menyatakan alam ini bermula dengan tiada. berjuta-juta tahun dahulu, alam ini bermula dengan satu letupan titik kecil. Letupan yang membawa kepada penciptaan alam ini dikenali Big Bang. Selepas letupan ini, sejumlah besar unsur mula terbentuk yang menjadikan alam ini, dan unsur-unsur ini mula bergerak menjauhi satu sama lain.Cakerawala ini berkembang apabila objek-objek di dalamnya bergerak daripada satu sama lain.Teori ini disokong oleh Al-Qur’an.

 “ Kemudian Dia (Allah) ,menyengajakan ke langit, sedang ia sebagai asap, lalu katNya kepada langit dan bumi : Datanglah kamu berdua (mengikutlah), baik dengan patuh ataupun dengan terpaksa. Sahut keduanya, kami datang dengan patuh.” (Surah As-Sadjah :11)
Mengikut Tafsir Al-Qur’an terjemahan Prof. Dr. H. Mahmud,  asalnya langit-langit ialah seperti asap atau namanya dalam ilmu sains, nebula. Ayat ini juga  melukiskan kepatuhan langit dan bumi menuruti ketentuanNya terhadap mereka tanpa sebarang pertanyaan, tidak seperti manusia yang beraqal tetapi banyak bertanya itu dan ini.
Letupan “ Big Bang” ini menghasilkan berbilion-bilion ganda letupan atom. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini dan serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain yang tersusun dalam keseimbangan.
Edwin Hubble, seorang pakar astronomi adalah orang pertama yang membuktikan alam ini berkembang. Pada tahun 1929, pemerhatian melalui teleskop beliau mendapati bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita dalam gerakan rawak dan pada masa yang sama, bintang-bintang bergerak menjauhi antara satu sama lain. Sebuah cakerawala yang mana semua benda bergerak menjauhi antara satu sama lain seolah-olah cakerawala itu sedang bergerak secara konstan dan berkembang. Fakta ini membuktikan bahawa suatu masa dahulu, alam ini bercantum.
Secara mudahnya, apa yang berlaku sekiranya sebutir bom diletupkan di pantai. Tentulah pasir-pasir ini akan berselerak merata-rata tempat. Jika seseorang mengatakan sebuah istana pasir telah terbentuk akibat letupan itu, anda mungkin mengganggapnya gila. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa istana pasir itu terjadi dengan sendirinya, tentulah mereka juga gila. Kenyataan istana pasir terjadi dengan sendirinya lagilah tidak logic dan tidak masuk aqal berbanding ia dicipta dari keadaan tiada kepada ada.
            Teori Relativiti yang diciptakan oleh Albert Einstein sendiri membuktikan kebenaran saintifik yang dibawa oleh Al-Qur’an. Dalam pengiraan untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, beliau telah menemui bahwa alam semesta bukanlah static. Tetapi disebabkan penemuan masa itu mengatakan alam semesta static, beliau telah mengubah rumus itu dengan menambah satu factor iaitu pemalar kosmologi ( cosmologi constant) ke dalam rumusnya agar selari dengan penemuan astronomi masa itu. Akhirnya Albert Einstein mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam hidupnya.
            Saintis Russia, Alexander Friedmann pada tahun 1922 menemui melalui Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berkembang dan sebarang perubahan di dalamnya akan menyebabkannya mengembang atau mengendur. Friedmanlah yang membetulkan kesilapan (pemalar kosmologi) dalam Teori Relativiti Einstein.
Hanya Allah, Maha Pencipta yang bersifat Qidam (tiada permulaan adaNya) dan makhluknya mesti ada permulaannya kerana ia diciptakan. FirmanNya:

Ia-lah (Tuhan) yang tiada bermulaan adaNya dan pula tidak berkesudahan ada-Nya, Ia-lah yang lahir wujud-Nya. Ia-lah yang tersembunyi (Zat-Nya) dan Ia tahu tiap-tiap sesuatu.”                                                                                         ( Surah Al-Hadid: 3)

Teori Big Bang ini diperkuatkan lagi kebenarannya dengan ayat Al-Qur’an yang berbunyi:
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.                                                                                 (Surah az-Dzariyat;47)
Kalimah “ langit” yang banyak digunakan dalam banyak ayat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa atau cakerawala. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

KEJADIAN LANGIT DAN BUMI
Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?".                            (Surah Al-Anbia: 30)

Kalimah “ samawaat (langit) bermaksud segala yang berada di angkasa. Kenyataan “langit dan Bumi itu keduanya adalah suatu yang padu”, menggambarkan semua benda di cakerawala ini asalnya bercantum.  Kalimah ‘ratq’ dalam kamus Bahsa Arab ialah dijahit yang bermaksud “dikumpulkan bersama, dicampur”.  Frasa “ Kami membuka jahitan” menggambarkan sesuatu diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Contoh frasa ini ialah seperti biji benih yang tumbuh bertunas.
Seluruh material alam ini pada asalnya berada dalam satu titik tunggal. Kemudian titik ini fataq dalam satu letupan besar ( Big Bang)  menyebabkan materialnya fataq dan seterusnya membentuk keseluruhan struktur alam semesta.

Letupan yang melibatkan pelanggaran atom-atom yang bilangannya infiniti ini tentulah dicetuskan oleh suatu tenaga (tenaga nuclear). Persoalannya tenaga itu datang dari mana? Ia pastinya datang dari satu sumber yang amat berkuasa ke atasnya iaitu kuasa yang amat berkuasa ke atasnya iaitu Allah,Yang Maha Berkuasa yang tidak dapat dinafikan lagi kebenarannya.


KEWUJUDAN ORBIT

Al-Qur’an telah mendahului penemuan saintis hari ini tentang wujud orbit bagi bumi, bulan dan matahari sejak 1400 tahun dahulu lagi. Ini dibuktikan dalam

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)

Ayat di atas menerangkan matahari dan bulan mempunyai laluan orbitnya yang tersendiri. Dalam ayat lain menegaskan matahari tidak static pada tempatnya tetapi berputar pada orbitnya.
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui.                                                               (Surah Yaasin;38)
Kebenaran fakta yang dikemukakan oleh Al-Qur’an telah dibuktikan oleh penemuan sains hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex.  Jadi, matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Al-Qur’an juga menjelaskan alam semesta ini dipenuhi dengan lintasan dan orbit.
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan “. (Surah az-Dzariyat;7)
Fakta sains menyatakan lebih kurang 200 billion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu galaksi. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet dan kebnaykan dari planet-planet ini pula mempunyai satelit. Semua objek-objek bergerk menepati orbit-orbit masing-masing dalam jarak yang tertentu. Semua objek di langit ini “ berenang” melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna antara satu sama lain. Di samping itu, komet-komet juga bergerak dalam orbit masing-masing.

KEJADIAN ASAL-USUL MANUSIA (TANAH)

Dalam Al-Qur’an, terdapat 5 ayat yang menyebut asal kejadian manusia dari tanah menggunakan kalimah yang berbeza.
Dia menjadikan manusia dari tanah yang kering (salsal) seperti tembikar (tanah yang dibakar)(fakhkhar)”    (Surah Ar-Rahman : 14)
“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku (Allah) hendk menciptakan seorang manusia (Adam) dari tanah liat kering (salsal)dan lumpur hitam ( hamaain)yang berbentuk ( berupa)”     (Surah Al-Hijr: 28)
“ ….Dia (Allah) ciptakan sebaik-baik manusia sebaik-baiknya dan yang dimulai penciptaan manusia dari tanah (thien).”      (Surah As-Sajdah: 7)
“ Sesungguhnya aku (Allah) menciptakan manusia dari tanah liat (lazib)”    (Surah As-Safaat: 11)
“…Dia (Allah) ciptakan sebaiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah (turab)”      (Surah Ali ‘Imran: 59)
Dalam Surah ar-Rahman ayat 14 menggunakan kalimah sal sal yang bermaksud tanah kering atau setengah kering iaitu zat pembakar (oxygen) dan dalam ayat ini juga menyebut tentang fakhkhar yang bermaksud zat arang (carbonium). Surah Al-Hijr ayat 28 menggunakan kalimah hamaain yang bermaksud zat lemas ( nitrogen). Surah As-Sajdah ayat 7 menyebut thien iaitu atom zat air (hydrogen).
Dalam Surah As-Safaat ayat 11, kalimah lazib iaitu tanah liat bermaksud zat besi (ferum). Manakala Surah Ali-Imran, ayat 59, kalimah turab (tanah) membawa maksud “unsur-unsur zat a li’” ( zat-zat inorganic). Zat inorganic ini termasuklah sodium, kalium, silicium dan mangan.
(Team Serikandi UiTM)

No comments:

Post a Comment